Teman Setia Penjagaan Kucing Anda! Simpan, pantau & sayangi si bulus dengan cara paling mudah dan menyeronokkan.
Setiap kali kita balik rumah, mereka sambut kita.Setiap kali kita sedih, mereka duduk temankan kita.
Tapi… kita kadang terlepas bagi yang terbaik untuk mereka.
Vaksin terlupa.
Tarikh makan ubat kutu terlepas.
Atau tak perasan bila mereka mula tak sihat.
MeowDiary wujud untuk pastikan itu tak berlaku lagi – dan ianya PERCUMA untuk anda cuba sekarang.
Nama, umur, baka, berat, tarikh lahir – semua siap dengan gambar comel mereka.
Vaksin, rawatan kutu & cacing, pemeriksaan vet – app akan bagi reminder sebelum tarikh.
Log makanan setiap hari, catat kalau ada alahan, dan pastikan diet sihat.
Petua dari pakar terus ke telefon anda – dari kesihatan, pemakanan, hingga aktiviti bermain.
Rakam & simpan momen berharga mereka dalam Cat Journal. Bila-bila boleh tengok semula.
Tanya apa saja masalah kucing, jawapan terus dalam genggaman
Kerana mereka cuma ada kita.
Jangan biarkan mereka menunggu penjagaan yang sepatutnya.
Soalan Lazim
MeowDiary membantu pemilik kucing simpan semua info, jadual vaksin, diet, dan tips penjagaan dalam 1 app.
Ya! Anda boleh tanya apa saja tentang kucing melalui MeowDiary AI GPT bila-bila masa, 24/7.
Tiada had – boleh rekod banyak kucing sekaligus.
Berbayar. Anda boleh pilih langganan bulanan atau tahunan – harga sangat mesra rakyat.
Ada! MeowDiary siap dengan calendar reminder dalam app untuk pastikan jadual kucing sentiasa teratur.
Terma & Syarat – MeowDiary
1. Penerimaan Terma
Dengan menggunakan aplikasi MeowDiary, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini. Jika tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan aplikasi.
2. Tujuan Aplikasi
MeowDiary direka untuk membantu pemilik kucing mengurus jadual penjagaan, kesihatan, dan maklumat berkaitan kucing. Segala maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak menggantikan nasihat veterinar profesional.
3. Penggunaan AI GPT
Fungsi MeowDiary AI GPT bertujuan memberi panduan dan cadangan umum. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan atau tindakan yang diambil berdasarkan maklumat AI.
4. Akaun & Privasi
Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan akaun anda.
MeowDiary tidak akan berkongsi data peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.
5. Tempoh Percubaan & Langganan
Percubaan percuma selama 3 hari akan diberikan.
Selepas itu, pengguna boleh memilih langganan bulanan atau tahunan.
Bayaran langganan tidak akan dipulangkan kecuali dalam keadaan tertentu yang dipersetujui oleh pihak kami.
6. Perubahan Perkhidmatan
MeowDiary berhak menambah, mengubah, atau menghentikan mana-mana ciri aplikasi tanpa notis awal.
7. Liabiliti
Pihak MeowDiary tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan yang berlaku akibat penggunaan aplikasi ini.
8. Undang-Undang Terpakai
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Dasar Privasi – MeowDiary
1. Pengenalan
MeowDiary menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi maklumat peribadi yang dikumpulkan. Dasar ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi data anda.
2. Maklumat yang Kami Kumpul
Kami mungkin mengumpul:
Maklumat akaun (nama, alamat e-mel, nombor telefon)
Maklumat berkaitan kucing anda (nama, umur, rekod kesihatan)
Data penggunaan aplikasi (log aktiviti, tetapan pilihan)
3. Cara Kami Menggunakan Maklumat
Maklumat anda digunakan untuk:
Menyediakan fungsi utama aplikasi seperti kalendar peringatan dan panduan penjagaan kucing
Menghantar notifikasi atau kemas kini aplikasi
Meningkatkan pengalaman pengguna dan ciri aplikasi
Menyediakan sokongan 24 jam melalui MeowDiary AI GPT
4. Perlindungan Data
Kami menggunakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi data anda daripada akses tanpa kebenaran.
5. Perkongsian Maklumat
Kami tidak akan menjual, menyewa atau menukar maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran, kecuali diperlukan oleh undang-undang.
6. Tempoh Simpanan Data
Data anda akan disimpan selagi akaun anda aktif atau diperlukan untuk memberikan perkhidmatan.
7. Hak Anda
Anda mempunyai hak untuk:
Mengakses, membetulkan, atau memadam data peribadi anda
Menarik balik kebenaran penggunaan data pada bila-bila masa
8. Perubahan Dasar Privasi
MeowDiary berhak mengubah dasar ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui aplikasi.
9. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang privasi, sila hubungi kami di creatizon@outlook.my.
Note: This site is NOT a part of the Facebook website or Facebook Inc. Additionally, This site is NOT endorsed by Facebook in any way. Facebook is a trademark of FACEBOOK, Inc
@Hak Cipta Terpelihara 2025 MeowDiary.my